top of page

Humanity Matters sudah agih 40 tan bekalan bantuan di Gaza; bakal kumpul dana pada 31 Mac dan 7 Apr

Berita Mediacorp | 30 Mar 2024



SINGAPURA: Badan bantuan kemanusiaan Singapura Humanity Matters telah mengagihkan bekalan bantuan sebanyak 40 tan ke Carikan Gaza bagi menyokong keperluan makanan dan kanak-kanak di wilayah yang dilanda konflik itu.


Demikian menurut badan tersebut dalam kenyataan medianya pada Sabtu (30 Mac).


Menurut Humanity Matters, kesemua bekalan bantuan itu diagihkan dalam tempoh tiga minggu sejak ia melancarkan pengumpulan dana awam pada 8 Mac lalu.


Dengan kebuluran semakin meningkat di Gaza, Humanity Matters berhasil memperolehi 36 tan makanan asas di Amman, bernilai ASD100,000, di mana 25 tan daripadanya digugurkan dari udara pada 27 dan 28 Mac, manakala baki 11 tan dihantar menggunakan laluan darat ke Gaza melalui Lintasan Kerem Shalom.


Lagi 4 tan bantuan yang terdiri daripada 'Kidz Comfort Packs' berlepas dari Singapura melalui jalan laut pada 20 Mac dan dijadual tiba di Pelabuhan Aqaba di Jordan pada 4 April, iaitu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Lagi 4 tan bantuan yang terdiri daripada 'Kidz Comfort Packs' berlepas dari Singapura melalui jalan laut pada 20 Mac dan dijadual tiba di Pelabuhan Aqaba di Jordan pada 4 April, iaitu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Kesemua 5,000 pek kanak-kanak yang bernilai S$100,000 itu dibungkus oleh 300 belia dan pemimpin pelajar di Tadika Soka pada 9 Mac lalu.


Mengulas tentang permintaan di Gaza, ketua pasukan dan Penasihat Khas Humanity Matters, Encik Hassan Ahmad berkata: "Konflik ini bukan sahaja berterusan tetapi juga sentiasa berubah-ubah. Keadaan di lapangan tegang dan serba tidak menentu.


"Untuk sebarang penghantaran bantuan yang berkesan, adalah penting untuk berada sedekat mungkin dan mempunyai akses kepada data atau kemas kini yang lebih tepat, justeru membantu keupayaan untuk menilai, mengesahkan dan menghargai peluang yang ada dan cabaran-cabarannya.


"Ini akan membolehkan kami untuk membuat keputusan yang lebih berhemah dan dengan itu menyesuaikan dengan sewajarnya, dari segi jenis bantuan yang diperlukan, laluan akses yang munasabah, bekerjasama dengan rakan-rakan di lapangan, bagi memenuhi keperluan pentadbiran dan budaya, antara lain.


"Adalah penting untuk mengekalkan dan menggunakan seberapa banyak pilihan dan jalan untuk membolehkan peluang dan pelan luar jangka bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan operasi, dengan keutamaan untuk menghantar bekalan makanan sebanyak mungkin, dan secepat mungkin kepada para penduduk di Gaza menggunakan apa sahaja cara yang dapat dilaksanakan.”


Semasa gencatan senjata sementara pertama yang dikuatkuasakan pada November tahun lalu, Humanity Matters menghantar 9.4 tan bantuan ubat-ubatan dan air dari Singapura ke Gaza menerusi Mesir, yang bernilai S$215,000 secara keseluruhannya.



Pada 31 Mac dan 7 April ini, Humanity Matters akan mengadakan dua kutipan dana di merata Singapura.


Mengulas tentang matlamat pengumpulan dana tersebut, Timbalan Pengerusi Humanity Matters, Encik Gurmit Singh berkata: "Tujuannya adalah untuk mengumpul lebih banyak dana bagi membantu mengurangkan penderitaan di Gaza.


"Humanity Matters hanya dapat menghulurkan sebanyak mungkin bantuan kepada penduduk Gaza, sama seperti sokongan yang diterima hasil sikap murah hati warga Singapura.


"Dan sama pentingnya, kita juga perlu mengingatkan diri kita dan rakyat Singapura yang lain akan perlunya sifat belas ihsan secara kolektif apabila berdepan dengan krisis kemanusiaan besar-besaran, terutama sekali yang disebabkan oleh situasi geopolitik yang rumit," katanya.


Bagi mereka yang berminat untuk menderma, mereka boleh mendaftarkan minat mereka di bit.ly/hallow24.



コメント


bottom of page