top of page

Humanity Matters perlu 300 relawan bungkus keperluan bagi mangsa Gaza

Berita Harian | 6 March 2024



Pertubuhan silang agama, Humanity Matters (HM) yang tidak meraih untung, memerlukan seramai 300 relawan, untuk membantu membungkus barang keperluan bagi mangsa peperangan di Gaza.


Acara yang pada 9 Mac dari 11 pagi hingga 4 petang itu, akan diadakan di sebuah lokasi berdekatan Tampines Industrial Park A, menurut HM, dalam satu poster yang dilihat Berita Harian (BH).


Orang ramai boleh mendaftar untuk menyertai daya usaha itu menerusi laman bit.ly/hmgr2.


Menjawab pertanyaan BH, HM berkata acara itu khusus bagi mereka yang membuat pendaftaran sahaja.


Lokasi acara akan diberitahu kepada mereka yang berjaya membuat pendaftaran tersebut.


Dalam poster itu, HM berkata dengan gencatan senjata yang mungkin berkuat kuasa pada Mac atau Ramadan, ia sedang “bersiap sedia” untuk menghantar bantuan kemanusiaan lanjut ke wilayah Palestin di Gaza.


Bahan keperluan tersebut meliputi ubat-ubatan, makanan dan keperluan bagi kanak-kanak.


Comments


bottom of page